Aku hanya mencintainya kerana Allah,bukan kerana aku mengikut perasaan.
Pengalaman benar2 mengajar aku untuk menerima hakikat kehidupan sekaligus mematangkan diri sendiri.
CINTA tu bukan satu perkara yang biasa kita bincangkan dengan kawan2 kat hostel or cafe.
Hanya yang benar2 arif dan tahu boleh menghuraikan CINTA tuu ape.
Cinta pada pencipta adalah sesuatu yang sangat manis.
Bilaa kita belajar mencintai DIA,kita akan lebih menghargai diri sendiri.
Itu adalah yang paling utama.
Kalau cinta sesama manusia?
Acane je tuu?
Jika dia yang selama ini aku tunggu adalah ADAM yang bakal mendidik aku,menjadi IMAM dalam keluarganya,bakal mendidik dan membawa aku serta bakal anak2 kami ke JANNAH,Ya Allah,betapa beruntungnyaa aku sebagai seorang WANITA.
Dialah PUTERA di hati ini,insyaallah.
Aku berdoa agar aku ditemukan dengan dia,LELAKI yang aku kira cukup baik parasnya,baik budi bahasanya,
Baik segala tuturkatanya,baik amalannya.
Jangan kata hati aku sejuk memandangnya,IBU dia sendiri,masyaallah..
Lagi tenang,tenang setenang2nyaa jiwa,perut serta hati.
Aku dah bernekad,aku hanya akan menanti dia.
Aku tahu,Allah sentiasa memakbulkan doa hambanya yang sentiasa berusaha,berdoa serta bertawakal
dalam memohon sesuatu.
Aku ada sebab kenapa aku setia menantinyaa.
Sebab aku cuma nak mahu cinta tuu sekali jee.
Dalam ramai2 ex aku,dia,dia dan dia je yang mampu ubah aku.
Means,dia banyak ajar aku banyak perkara yang mematangkan aku.
Aku tak pernah anggap yang sebelum2 ni,mase zaman sekolah dulu CINTA aku.
Tapi dengan dia,Tu laa FIRST and LAST love aku.
Sumpah aku tak tipu.
Bilaa tanya seorang ustazah ni,dia kata..
"Beruntung lelaki yang kamu suka dan cinta tu,kerana kamua mahu dia menjadi yang pertama dan terakhir untuk kamu.
Dan dari cerita kamu,rasanya kamu buat pilihan yang tepat.
Hanya satu langkah sahaja lagi,buatlah solat isthikharah,moga kamu dapat petunjuk.
Dan pesan saya,jangan sesekali kamu menyatakan padanya yang kamu masih cinta dan sayang dia.
Biarkan Allah menyerapkan cinta itu di dalam hatinya,agar dia tahu,kamulah wanita yang bakal dia cintai satu hari nanti.
Kerana kamu mencintainya kerana ALLAH,bukan kerana kamu sukar untuk lupakan dia.
Asal kamu tidak berhenti berdoa,pasti Allah akan mendengar dan memakbulkan doa kamu yang ikhlas.
Kalau perpisahan kamu itu bukan atas kerelaan kamu berdua,kamu harus perbaikinya.
Kadang-kadang syaitan suka membisikkan yang bukan-bukan saat kamu berdua sedang emosi.
Dan pastilah mereka akan bersorak apabila kemarahan,dan kamu mengeluarkan kata2yang bukan lahir dari hati kamu.
Jadi kamu dan dia harus berfikir secara baik,dan jika masih ada rasa sayang,ambil rasa sayang itu untuk kuatkan kamu.
Jadikan apa yang berlaku ini satu bonus kerana sekurang2nyaa dia sudah tahu soal kamu.
Dan tiada apa lagi yang perlu kamu sembunyikan darinyaa.
Kalau sayang,pertahankan selagi boleh dan Insyaallah kasih sayang yang ikhlas antara kamu berdua mampu menyelamatkan hubungan kalian.
Mungkin dia terlalu sayang,jadi perasaannya terusik.
Jika kamu mahu dia,pergilah,kejarlah dia selagi boleh.
Jika kamu ikhlas, dia akan nampak keikhlasan dari hati kamu Insyaallah.
Pergi kepadanya,mohon maaf dan jadikan ini suatu dugaan untuk memperbaiki hubungan kamu menjadi lebih baik.
Ya Allah,damai gilaa hati aku dengar kata2 diaa.
Aku mahu dia kerana aku tahu dia adalah lelaki yang baik.
Dari caranya aku tahu dia cmne.
Aku taknak fikir soal nak bercinta or mencari pengganti dia.
Sebab aku tahu,apa yang aku buat adalah berdasarkan naluri kewanitaan aku.:)
Hamboiiiii,ayat aku betol2 sasteralah.
Kepada Allah aku menadah tangan dan berdoa.
Ya Allah,kau temukanlah hatiku dan hatinya agar kami dapat bersama2,saling melengkapi malah sama2 saling mendidik untuk menjadi pasangan yang diredhai oleh-Mu.
Ya Allah,berikanlah aku kekuatan untuk terus menyayayanginya.
Aku menyayanginya bukan kerana mahukan cintanya,
Tetapi aku mahu merasai kasih sayangnya seiringan sengan kasih sayang Allah yang Maha Kaya.
Ya Allah,jauhkanlah kami dari sebarang godaan yang bakal membunuh rasa cinta pada-Mu,
sekaligus membunuh kasihku pada dirinyaa.
Ya Allah,jika dia adalah jodoh,lelaki yang telah kau takdirkan untukku,janganlah kau menetapkan rasa cinta itu pada hatinya sekarang.
Biarlah rasa cinta itu datang pada dirinya sendiri.
Ya Allah,seandainya aku adalah wanita yang telah kau ciptakan untuknya,
Aku memohon Kau berilah aku kekuatan untuk setia menantinya di dunia,akirat serta syurga JANNAH.
Ya Allah,kurniakanlah kami perasaan cinta yang tidak melebihi perasaan cinta pada-Mu ,
Kurniakanlah kami hati serta iman yang kuat untuk menahan rasa rindu yang terlintas di hati sekali sekala.
Amin Ya Rabbal Alamin. :)
Doaku hanya kamu yang miliki hati ini.
Saya mencintaimu kerana Allah. :)
Assalamualaikum :)