An Tired Day, sadness feeling ~


Assalamualaikum :)
Okayy lets begin dengan pagi tadi. Okayy aku amek result dalam kul 11 camtu. 
Dah dapat Cik Adawiyah kata kena usaha lebih sikit. Aku dah takut dah. Macam2 perkara bermain kat dalam fikiran aku. 
Dak bukak result, mata aku terpandang satu subjek penting kolej- Undang2 Syarikat.
Subjek tuu susah beb ! Memang killer subject. 
Aku terkilan sangat sebab jauh sangat dari prediction aku. Aku target pun at least B- or C maybe.

But lain yang aku dapat, D. Teruk tuu, keberangkalian kena repeat. 
Pointer takyah cerita laa, jatuh menjunam sem lepas. Sem 2 aku dapat 2.67 and sem ni aku dapat 2.19.
Bayangkan jauh tak jauh aku punya bungee jump -.-
Memang mula2 aku tak sedih but dah sampai rumah, banjir habis aku. 
Sebab aku takut gila kena repeat, paling aku takut. Memang takut gila. 

But alhamdulillah Heiqal beritahu yang tak kena rpeat sebab masih lulus :)
Syukur gila weyh :) Memang syukur.
Sem ni aku amek 5 subjek, kurang sikit dari sem2 sebelumnyaa.

Okayy then petang tadi si Dzulkhairi text aku. Siapa? Ex aku, mengaku okay. 
Dia ajak aku meet, katanyaa rindu. Aku hanya mampu TROLL FACE. 
Cerita lama takyah dikenang, cinta takkan berputik gak, hati aku dah tawar.
Aku tak layan pun, just reply mana yang penting je. 

Then ni tadi aku baru habis tengok movie seram korea. 
Dua2 movie seram gak but yang second one gila seram. 
Huuu :( Takuttt
Okayy esok nak daftar subjek untuk semester 4 :) Wuhuuuu ! 
Tak lama je lagi Izzah, just wait to grade ! 
Lots of love, Iezzy :)
Good Night sweetheart ~ <3

Little Sweetheart :D




Omeyy tak budak ni? Comel gilaaa kann? Geram gila tengok dia! Kalau jumpa dia memang merahlah muka dia kena tenyeh n kissed by me ! But gatal tau budak ni, dia suka kalau akak2 sedara dia cium dia :p
Qalif Zuhayr bin Yazid, almost 3 1/2 years old. Petah bercakap tau dia nehh. HAHA. 


Time ni dia tengah leka, so aku snap ! haha. smile jugak omel2 budak nehh. Dia ni cucu bongsu belah mak aku.
But next year takhta dia bakal diambil oleh baby baru Mak Usu aku In Shaa Allah :)
Means 3 tahun dia dimanjakan oleh semua orang, now tak lama lagi dia dapat kawan baru.
Dun worry Qalif, akak, Kak Fitrie n Kak Zetty tetap sayang n tetap anggap qalif our PRINCE :)


Ni dia dengan abang dia, Qais Zaqhary bin Yazid, nak masuk tadika dah abang dia. Hee.
Tak boleh berenggang dua beradik ni. Hari2 pakai baju sama sebab badan tak jauh beza pun. 
Macam kembar kann? Sayang gila dengan dua cute boy ni. Geram ! 


Ni dia korek hidung. HAHA. Jaga kebersihan diri maa ! 
Mak Cik cakap asyik korek hidung je anak dia nehh. Tak reti duk diam. Huhu :)
Macam stim pun ada sekali tengok. Anyeyeyeye :p


Yang ni? Kalau nak tahu yang pakai baju pink tuu kakak sulung pada Qalif n Qais :)
Nurin Qystina binti Yazid :) 
Yang sebelah dia buat sunflower tuu Nur Najwa :)
Yang purple colour Dayana Qaisara :D
And yang hujung macam amoi tuu kann, Azra Ain Qasyrina. 
Dyorang yang kecik2 ni cousin2 aku. Rapat n manja. 
Looks like kami buat CASTING iklan darlie. OMG. -.-
But akulah yang paling menyerlah kan? Senyum nampak semua gigi. Wkwkwkwkwk :p

Aku sayang semua budak2 ni. Takde dyeorg, tak meriah rumah atuk aku tuu. :)
Take care sweety, belajar elok2 and jadi anak soleh/solehah okayy?
Kak Izzah sayang korang semua :)

Sincere Tears From Small and Weak Heart :')



Heyy there ! I'm here again :)
Malam ni aku sedih sangat, tak tertahan2 dah sebak yang menular2 dalam diri aku. Tak boleh sembunyi lagi.
Bila renung diri sendiri, aku tak sempurna and senang cerita, banyak buat silap. 
And aku susah nak realized ape yang aku buat. Kena orang tegur baru nak terhegeh2 betulkan. 

Tadi aku online aku stalk profile2 EX aku. Tak terkecuali sorang pun. 
Semuanya dah jumpa orang yang layak ntok dyeorg. Aku tumpang happy.
Aku baca setiap wall post yang dyeorg post kat wall GF dyeorg, hati aku tersentap.
Aku tak rasa macam ape yang dyeorang rasa sekarang. 
Bahagia, gembira, sweet jee aku tengok. 

Aku bukan cemburu,bukan tak suka,cuma aku terfikir bila saatnyaa aku akan rasa macamtu?
Renung diri sendiri depan cermin, ingat ape yang aku pernah buat dengan dyeorg dulu. 
Menikam kalbu seyh, macam mane dyeorg tinggalkan aku.
Bila fikir2 balik, ada reason kenapa dyeorg tinggalkan aku. 
And ada hikmah yang jauh lebih baik Allah beri pada aku,berhati2 dalam memilih kawan atau pasangan.

Allah Maha Adil, kebahagiaan tuu akan sampai bila saatnya nanty. Akan tiba jugak.
Cepat atau lambat sahaja perbezaannya. Aku redha, aku pasrah sebab aku tahu Allah akan bantu aku.
Untuk kawan2 aku, Sue n Heiqal, bawaklaa cinta tuu sampai ke jinjang pelamin. 
Untuk Ayien n Asraf, 5 tahun bukan satu tempoh yg singkat, so harap 50 tahun akan datang pun kekal.
Tasha n Muzai, cinta jarak jauh antara Penang n Sabah takkan gugat pape kan? :)
Aku tumpang happy sayang. Aku sayang semua sahabat2 aku, dunia akhirat.

Ya Allah, aku memohon pada-Mu, temukanlah aku dengan lelaki yang telah kau tetapkan untukku.
Temukanlah kami dalam rasa cinta yang telah kau tetapkan dalam diri kami.
Kau kuatkanlah imanku,hatiku untuk setia dampingi-Mu Ya Allah :')
Amin Ya Rabb :)

Cinta itu milik semua manusia, milik kita sendiri. 
Cinta itu penghubung kuat antara kita dengan manusia lain.
Cinta itu pengerat antara kita dengan Allah :)
Selamat malam :)

Big !



Wink Wink ! :D
Hai there ! Yea, kamu yang baca laaa, sape lagi kann. Tahulaaa blog ni tak femes. Wakaka :p
Ni nak cerita pasal drama Big, drama yang dah curi perhatian aku, masa n hati aku ntok tengok berulang2 kali. Cerita ni sangat balance. Sweet,sad,funny and hillarious semua complete. 

But datang time sedih, meman sedih gila sampaikan aku yang hati batu ni pun menangis tengok.
Means cerita ni ada mesej yang tersendiri. 
Jom kita intro sikit synopsis cerita ni. But jom kenal pelakon dulu :)


Gong Yoo yang jadi dua watak dalam cerita ni :)
First, a doctor named Seo Yoon Jae and an 18 years old teenangers, Kang Kyung Joon.
Gila tak hensem. Hensem okayy ! Melting tengok dia senyum. Hiks ! 

Then the heroin was :

Lee Min Jung :) Omey kann? Pegang watak Gil Da Ran or Teacher Gil !
Fiancee pada Seo Yoon Jae n teacher pada Kang Kyung Joon :)
But bila dua2 lelaki ni bertembung dalam one big accident, soul dyeorg tertukar. So Gil Da Ran aje yg tahu Kyung Joon tuu ada dalam badan Yoon Jae n sebaliknya. 
But body Kyung Joon ni terlantar n koma kt hospital. Means soul Yoon Jae yg ada dlm badan Kyung Joon tuu laa yg koma. 
Macam2 insiden berlaku sampailah Da Ran jatuh hati pada student dia sendiri :)
Gila sweet :)
So kena tengok sendiri. Jap, pelakon lain pun ad okay bg lengkapkan drama terbaik bagi aku ni.




Twink ! Twink ! I'm here :D




Assalamualaikum semuaa ! Lama rasanya tak berusik benda ni. Banyak memories tau :)
So, for the intro, lets start with myself. Okayy aku admit aku dah gelap sebab berkerja. So yang dah coklat jadi gelap sikit. Ohmaii ! But its okayy as long MONEY comes. Wakaka :p

Secondly, I'm SINGLE girl now. Sexy,Free and Single. See? HAHA.
Takde jodohlah senang cerita. Nak cerita banyak tak elok,benda dah lepas,so just anggap takde jodoh keyy?
So,conclusion kat sini kita tak pernah tahu siapa jodoh kita melainkan saat kita DIIJABKABULKAN one day nanty. Tuu aku sangat pasti.
Sebab bila kita bercinta dan beriya2, kadang2 tak jadi, kita yang makan hati kan?
Bagi yang bertuah, mungkin jodoh mereka kuat,aku tak. 

So, kita kena terima dengan hati terbuka. Sedih2 pun tak jalan gak kan. Life must go on. :)
Know something? I'm admiring someone but baru je baca status dia dia sayang sangat kt someone.
FRUSTRATED. HISH. 
Aku sedih baca tulisan dia cmtu. Dah ada GF rupanya. Ahhh ! Tsktsk :(

Takpelaa, admire saja kann? Tak cinta or sayang pun. Hm. Hope jumpa lelaki terbaik selain abah,abang,n adik aku. 
Tu je nak tulis, okayy, ada kerja, nanty update lagi.
BTW, this is my new and latest face :)


Sarang Han Da Neun Mal


Assalamualaikum :)
Holla semuaaaa.
Jom update blog?
Ni laa hobi aku,shuke sangat2 menulis.

Lagu ni?
Sarang Han Da Neun Mal by Kim Jong Kook.
Atau dalam bahasa omputihnyee "Saying I Love You"
Aku faham jalan cerita lagu ni.
Tapi maaflah yea lambat sgt nak post lagunyee.
Nanty carik dekat youtube jelaa. hee. :P

Pasal ape?
Lagu ni cerita pasal seorang gadis yang sentiasa terkenangkan bekas kekasih n kenangan2 masa dulu2 even dia dah jumpa someone else.
Kiranyaa dia masih sayang and setia pada ex dia.
Tambah2 lagi kalau pergi tempat2 kenangan dyeorg dulu, so makin kuatlah sayang n rindu dia pada ex tuu.
Bermakna masih kuat ingatan dia n sayang pada ex dia lah.

Bila aku dengar n tgk vidoenye, aku terkenangkan seseorang.
Aku siap post lagu ni kat diaaa.
Tapi tak bermaknalah aku jumpa orang lain or ape2.
Bezanya aku takde orang lain tp cara kteorang sama.
Terkenangkan masa2 date dulu n akan menangis bila ingat semula, ketawa pon ad.
Sebab macamane pun, aku tetap sayang dia.
Aku mahu dia tahu yang aku selalu mahu sayang dia.
Entahlaa, aku sekarang hanya mampu berdoa.

Ya Allah, seandainya kau tetapkan dia milikku, dekatkanlah hati kami agar dapat bersama2 meraih syurga-Mu.
Seandainya aku yang bersalah dalam hal ini, kau lembutkan hatinyaa agar kami dapat bersama2 memperbaiki kesilapan bersama.
Hanya doa dapat dipohon agar semuanya seperti dulu.

Aku ni karang kalau tulis panjang2 memang melalak laa jawabnyee HAHA.
Dahlaa sakit gigi nihh. adehhhhh. tsktsk -____-
I always love him ! tak peduli.
Love between us will never ends, tuu yg selalu aku ckp nan diaa. 
Please dont leave me.





Assalamualaikum :)
Morning semuaaa :)
Yang ni sume classmate aku.
Diploma Undang2 Syariah semester 2 group C.
Yang pix atas tuu masa sukan course kteorg.
Sem 1 smp sem 6.

Majority klas aku menang banyak laa hari tuu.
Tahniah2 :)
Yang bawah tuu pic semalam,amek after exam Bahasa Arab 2.
Gilaa best laa,sebab lepaskan tekanan dengan pose2 menarik,sengal pon ad.
HAHA.
Nanty next week,tamat pengajian kteorg untuk sem 2.
So,thanks to Razak as monitor(yang buat pose cm nak shoot orang) sebab banyak sangat berkorban macam2 untuk anak2 bawah ni :)

Yang lelaki dari kanan: Kamil(spec one).Aki,Faiz,Faridzuan,Ammar,Razak,Zul,Wafi and Hazim :)
Kawan2 yang sumpah happening,sporting and memang bersatu hati betullah.
Yang girls dari kanan: Echa,Yan,Fiqa,Zakiah,Kartika,Atiq,Atikah,Me(Izzah) and Fifah :)
Yang duduk: Wirda,Sys Fyza,Yaya,Sue,Tasha,Ayien and Ieka. :)
Gadis2 manis yang comel dan bijak! HAHA :D

Sumpah seronok kawan nan dyeorang.
Insyaallah panjang umur kita bakal jumpa sem 3 nanti okeh?
Harapnyaa semua dapat dekan Insyaallah :)
Sayang korang sume :)








Mohd Nor Khairi + Nur Afizah :)
New born couple :)
Hehe,pic ni disnap oleh Sue,my bff yang company kami mase g date.
Bahagia hati ini hanya Allah yang tahu :)

Kenapa aku kata dia kerikil?
HAHA
Meh aku story sikit.
Dulu masa aku kenal dia,memang sakit hati sangat.
Sebab hati batu,takde perasaan,suka sangat menganjing aku.
Memang sesape yang kenal dia akan angkat kaki sebab tak tahan dengan cara dia.

And aku lak,seorang yang berhati lembut dan sensitif sikit laa.
Mula2 aku kenal dia,memang rasa bengang sangat cmne aku boleh kenal and kawan dengan dia!
Tapi lama2 bila aku dah text and kenal dia sikit2,
Rupanya tuu luaran dia je.
Dia berbeza dengan apa aku fikirkan.

N then bila kami dah berkawan lama sikit,
Tak tahu pon masing2 ad feel sesame sndiri cuma tak cakap je.
Bagi hint kadang2 tuu adelaa. :P
N then dia beranikan diri melamar aku menjadi puteri dihatinya :)

08 April 2012,jam 11.18 malam terpatrilah hubungan antara kami berdua sebagai lovers :)
Masa tuu aku happy sangat sebab dia relax dalam berkawan :)
SO,kami  tetap sahabat dan kekasih :)
Memang aku tak nafikan kalau bertekak sikit2 tuu biase laa kann.
Kalau merajuk?
HAHA
Aku yang selalu merajuk dan dialah yang kena memujuk even dia langsung takde ilmu bab memujuk ni !
Pujuk sekadar yang dia mampu,kalau aku taknak,tahu ape dia buat?
TAK LAYAN AKU :D
HAHA,geram kann?

Aku harap sangat Allah restui hubungan kami.
Aku mahu dia menjadi yang halal untukku :)
Menjadi seorang sahabat,pendengar masalah,kekasih,bakal suami serta ayah yang terbaik untuk anak2ku esok :)
Biarlah kekurangannya menjadi kelebihan aku dan sebaliknya cmtuu laa.
Sayang,ilysm <3

Be my only one my sweetheart :)
Nanty kitaa g tengok battleship lg sekali yea sayang?
Habiskan masa berdua bersama awak buat saya bahagia selamanya :)
Mencintai kamu kerana Allah S.W.T :)

Okayy,dia dah tido,so aku lak kena sambung study arab :)
Take care semua !
Assalamualaikum :D



Assalamualaikum :)
Lama rasenyee tak update blog,HAHA.
Bersawang dah,siap labah2 pon buat sarang. hehe

Mesti nak tahu kenapa ada pic mamat nih?
HAHA, he's my only one man :)
Shumel kann diaaa?
Alah,kalau sape cakap dia tak hensem,ADA AKU KESAH?
Tak heran pon,sebab tak hensem laa tak digilai perempuan lain dan tak menggilai orang lain :)
Kan sayanggggg?
Alhamdulillah,aku senang  dengan dia.
Dia caring,loving,understanding and sangat2 prihatin soal kesihatan,pelajaran aku.

Kami selalu jugak jumpa,date and habiskan mase sesame :)
Kadang2 tak terasa bila masa bergerak terlalu cepat.
Harapnyaa boleh kekal sampai bila2 Insayaallah. :)
Tak fikir soal jodoh tapi kalau ada jodoh tak kemana kann,hubby?

Mohd Nor Khairi, I always heart you sayang :)

Terima kasih kerana bersikap ANNOYING!

Nak tahu kenapa tajuk dia cenggini??
Hah,meh aku cerita.
Aku cukup baran dengan sorang perempuan nii.
Huh,dia fikir dia bagus sangat gaknye,konon HOT sangat laa kann.
Heyy,kalau stakat HOT tuu pinjaman semata2,esok2 tak kemana HOT kau tuu kat akhirat laa doe.
Selalu sangat cari pasal dengan aku.
Tapi aku fikirkan tahap kesabaran yang aku kena kawal,aku diam je.
Tuu lebih baik kot.

Lagipun aku tak tahu ape je motif dia.
Kalau ditenung lama2 rasa cm nak bg penyepak je laju2.
Muka dah cantik tapi hati busuk gila.
Aku dah mula nak benci dia,tapi aku still kawal n sabar.
Malas nak pikir panjang2.
Aku tahu kenapa dia buat semua tuu.
Hanya kerana satu sebab yang tak munasabah.
Bagi dia,asal tak perfect je,mulaa laa nak mengata,mengeji.
Aku pun hanya mmpu doakan dia berubah.
Hai cik kak,sedar sikit.Kata2 awak tuu bukan sorang dua je baca,tp belambak okayy.
Karang tak memasal kena sembur nan aku.

Aku tunggu masa je.
Sebab aku nak tengok selama mana dia mampu sakitkan hati aku.
Aku nak cabar dia buat semua tuu kalau betul dia tuu hebat sangat.
Manusia memang selalu macam ni,cepat sangat nak buat sesuatu tanpa berfikir.
Baru kena sikit nak melenting bagai nan aku.
Asal kau tak bagi ribut taufan je laman sosial tuu?
Agak2 laa sikit.
Kau tuu perempuan,jangan nak tunjuk yang kau tuu macam bagus sangat.
Nanty orang menyampah,tahu??

Thanks laa mengata pasal aku.
Tak jadi sebarang kudis buat aku.
Aku tak nak mabil pusing sangat apa2 yang tak utama buad aku.
Kita akan lihat siapa true sape false.
Better watch out!
Kalau kau fikir kau kau boleh pijak n aku takut nan kau,sorry,u re mess with the wrong person lha !
Kau sendiri pon takut dengan someone kann?
Hah.
Jangan nak ANNOYING sangat laa kann.
Ntah ape2 jee.

So,jaga sikit mulut yee cik kak.
Jangan sampai tahap kesabaran aku tercuit,habis merah pipi kau tuu.

Ahhhh! Cengengnyaaa akuuuuu. :)

Lama dok aku tak update blog nihh.
Hah,dah bersawang dahhhh.HAHA.
Aku nehh dalam masa2 terdekat nii asyik cepat menangis lah.
Tak tahu kenapa.
Tiap2 kali ada something yang tak kena,mesti berjurai2 airmata aku tuu.
Bhahahahahahahahaha.

Haih,mengeluh aku cenggini.
Dok tak tahu dahh nak buat ape.
Cuba tahan2,tp ngalir jugok.
Cengeng laa senang cter aku nehh.
Tapi masih mahu lawan jugakk!
Tu penting! 
:D

Ehh,malas laa nak tulis panjang2.
Hee.
Assalamualaikum. :P

p/s: haha,pembaziran yang tak sengaja. :P

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga,Kasih Ayah Tiada Penghujungnya. :)


Ibu,Emak,Mama,Ummi,Mummy..
Panggilan yang berbeza,namun ditujukan pada seorang WANITA yang mengandungkan,melahirkan,membesarkan serta menjaga kita dari kecil sehingga dewasa.
Begitu besar kasih sayang serta pengorbanan mereka untuk kita.
Terasa penat lelah mereka menjaga segala keperluan kita.
Merekalah yang sanggup melayan segala kerenah,keletah serta kemanjaan kita sepanjang masa.
Merekalah yang bertarung nyawa untuk melahirkan kita..
Terasa kerdil diri ini apabila mengenangkan kesakitan yang dialami.
Terasa sayu saat menatap wajah lembut namun penuh rahsia itu.
Mama,mungkin Izzah tak dapat nak membaca riak wajah mama..
Namun Izzah mengerti segala keperitan yang ditanggung mama.

Ayah,Papa,Daddy,Abi,Abah,Baba..
LELAKI yang sanggup bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan kita 
Untuk menjadi kebangaan keluarga satu hari kelak.
Mereka sanggup berpanas,berhujan semata2 untuk memastikan keluarganya senang walaupun tidaklah sesenang mana.
Syahdunyaa saat melihat mata Baba yang kepenatan serta peluh yang mengalir di dahi,pipi..
Terasa bersalah saat terlihat helaan nafas kepenatan selepas seharian mencari rezeki yang halal.
Ingin sahaja tubuh itu didakap erat,menyatakan betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh mereka.
Ingin sahaja tangan ini menyapu peluh di wajah Baba,mengelus2 wajah lembut Mama..
Mahu sahaja diri menyatakan bahawa akulah anak yang paling bertuah memiliki ibubapa yang terbaik pernah dikurniakan sepanjang hayat..

Ya Allah,berikanlah mereka kesihatan serta umur yang panjang untuk melihat kejayaan puteri mereka ini..
Ya Allah,kekalkanlah kebahagiaan rumahtangga mereka untuk merasai nikmat syurga-Mu..
Ya Allah,berikanlah mereka kekuatan iman serta kuatkanlah kasih sayang sesama mereka..
Seandainya aku pernah membuat kesilapan kepada kedua-dua mereka,
Ampunilah dosa2ku Ya Allah.
Aku mahu mereka sentiasa ada disisi untuk terus memanduku kearah kebaikkan..
Hanya itu pintaku,hambamu yang kerdil ini..
Hanya satu pintaku,binakanlah mahligai di syurga untuk mereka merasai nikmat kasih sayang dalam berpasangan dan temukanlah mereka di akhirat kelak..
Amin Ya Rabbal Alamin.. :)

Mama,Baba,Izzah sangat2 sayang pada anda berdua.
Biarlah kasih sayang pada Izzah kekal dan sentiasa bersama walau diamna sahaja Izzah berada..
Doakanlah yang terbaik untuk anakmu ini..
:)
Thanks for being the BEST PARENTS for me! 

Asiah,Ratu Syahadah.. :)

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana 
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

Ya Allah…Ya Allah…

Assalamualaikum..
Hari ini,nak cerita tentang salah seorang wanita terhebat serta memberi inspirasi pada wanita hari ini..
Dialah Asiah,isteri kepada Firaun.
First time aku dengar pun,airmata aku menitis..
Sebab aku tersentuh dengan liriknyaa.

Dia seorang wanita yang berani,malah sanggup diseksa oleh suami sendiri kerana keimanannya yang tinggi pada Allah S.W.T..
Dalam menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah,dia juga seorang isteri yang sangat taat pada suaminya.
Dia memendam perasaan terlalu lama..
Akhirnya,dia bersuara juga demi iman yang dimiliki..
Walaupun dia isteri seorang pemerintah ulung,
Namun jiwanya seperti orang biasa,seorang hamba Allah yang merendah diri.
Masyaallah..
Aku kagum dengan keberanian diaa.
Dia sehebat Siti Khadijah,Sumaiyyah dan wanita2 lain yang sanggup mengorbankan jiwa raga demi agama serta Allah..

Sampai sekarang,aku masih terbayangkan kisahnyaa.
Alangkah indahnya kalau aku dapat membayangkan wajahnya..
Kelembutan hati,ketaatan,pendirian yang kuat serta berani adalah sifat2 dia yang ingin aku ikuti serta contohi.
Dan aku berharap ianya juga menjadi ikutan pada wanita kini.
Siapa pun kita,kita tetap dinilai pada mata Allah S.W.T.
Sekarang,banyak wanita yang menjadi mangsa kekejaman lelaki.
Tapi aku memahami,bukan semua lelaki itu jahat.
Mungkin yang jahat tuu ada sebab kenapa dia berkelakuan begitu.
Kita tak boleh nilai diaa secara kasar.

Namun,kita haruslah berani untuk mempertahankan apa sahaja yang ingin kita perjuangkan.
Jangan hanya diam serta ditindas seperti Asiah.
Sekian lama dia berdiam diri,akhirnya keberanian dilontarkan.
Namun,dia dikurung dan diseksa.
Namun dia tetap dengan pendiriannya.Ya Allah,sungguh menyayat hati kisahnya.
Ianya mengajar aku sesuatu.
Jangan takut untuk melakuakn sesuatu yang baik serta biarlah ianya dilakukan kerana Allah..

Seindah nama,seindah sifatnya,seindah wajahnya..
Asiah,wanita terhebat diantara yang terhebat..
Kalau ada wanita seperti ini,aku respect gilaa.
Kisahnya yang menyentuh naluri kewanitaan aku,buat aku menitiskan airmata.
Semoga perjuangannya diingati serta dihargai.

Aku juga mahu menjadi seperti dia.
Berani dan dalam masa yang sama,taat pada suami dan Allah.
Harapnya dapat memberi manfaat pada semua.
Nanti kita cerita tentang Sumaiyyah pula yaa?
Pasti menarik. :)
Thanks pada yang membaca.
Ilmu yang ada,seharusnya dikongsi. :)
Jika ada silap sepanjang penulisan ini,mohon maaf sangat2.
Assalamualaikum.. :)







Kau Sahabat Kau Teman,Kembar. :)

Nur Izzatul Mieza..
Nama yang sangat cantik,punya makna serta secantik orangnyaa.
Dialah sahabat terbaik aku dunia akhirat insyaallah.
Dari kecil sehingga sekarang,dari sekolah hinggalah IPT,
Dialah yang sentiasa ada disaat genting aku,disaat duka serta ketawa aku.
Aku sayang dia macam aku sayang kawan2 aku yang lain.
Dia cantik,baik serta caring plus memahami.
Alhamdulillah,walaupun kami dah tak bertemu selama hampir 7-8 tahun.
Kami masih berhubung serta sering bertukar khabar serta cerita.


Ni laa dia yang selalu tenangkan jiwa n perasaan aku saat2 aku berdukaa.
Si cantik nii kann?
Hee.:)

Kembar,ni yang selalu aku doa untuk kitaa. :)
Ya Allah,kau lindungilah dia dari sebarang bencana mahupun malapetaka..
Ya Allah,panjangkanlah umur kami berdua untuk mengekalkan ukhuwah yang sedia ada..
Ya Allah,seandainya Kau telah menetapkan aku akan pergi dahulu sebelumnya,aku mohon Kau kuatkanlah hatinya,imannya serta jiwanya untuk menerima qada dan qadarnya.
Berikanlah seseorang yang mampu mengubat dukanya saat aku tiada.
Ya Allah,berikanlah kami peluang untuk bersua setelah sekian lama kami terpisah,agar terlerai segala rindu yang terpendam.
Ya Allah,kurniakanlah pasangan yang terbaik untuk memiliki,menjaga serta membawanya ke arah kebaikkan 
Kurniakanlah dia semangat,ketabahan serta kekuatan untuk mengahadapi dugaan yang mendatang.
Ya Allah,seandainya aku tiada,kasih sayang ini tetap untuknya.,
Jauhkanlah dia dan keluarganya dari sebarang bala..
Kerana dia adalah salah satu kurniaan-Mu yang terindah,sempurna di mataku.
Tetapkanlah hati kami berdua untuk setia bersahabat.
Janganlah ada batu penghalang diantara kami Ya Allah..
Hanya itu yang mampu aku doakan untuknyaa.
Dialah sahabat,pendengar setia malah si kembar yang sehati sejiwa denganku..
Aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan dirinya dari jauh..
Semoga doaku yang hina ini dimakbulkan oleh-Mu..
Amin Ya Rabbal Alamin. :)

Sahabat,aku sayang kau selalu walau siapa pun kau.
Engat tuu! :)
Love is always on our side.. <3
Mishhhh you laa my twins yang comot lagiii comel. :)

Mencintainya Kerana Allah S.W.T ")

Aku hanya mencintainya kerana Allah,bukan kerana aku mengikut perasaan.
Pengalaman benar2 mengajar aku untuk menerima hakikat kehidupan sekaligus mematangkan diri sendiri.
CINTA tu bukan satu perkara yang biasa kita bincangkan dengan kawan2 kat hostel or cafe.
Hanya yang benar2 arif dan tahu boleh menghuraikan CINTA tuu ape.
Cinta pada pencipta adalah sesuatu yang sangat manis.
Bilaa kita belajar mencintai DIA,kita akan lebih menghargai diri sendiri.

Itu adalah yang paling utama.
Kalau cinta sesama manusia?
Acane je tuu?
Jika dia yang selama ini aku tunggu adalah ADAM yang bakal mendidik aku,menjadi IMAM dalam keluarganya,bakal mendidik dan membawa aku serta bakal anak2 kami ke JANNAH,Ya Allah,betapa beruntungnyaa aku sebagai seorang WANITA.
Dialah PUTERA di hati ini,insyaallah.

Aku berdoa agar aku ditemukan dengan dia,LELAKI yang aku kira cukup baik parasnya,baik budi bahasanya,
Baik segala tuturkatanya,baik amalannya.
Jangan kata hati aku sejuk memandangnya,IBU dia sendiri,masyaallah..
Lagi tenang,tenang setenang2nyaa jiwa,perut serta hati.
Aku dah bernekad,aku hanya akan menanti dia.
Aku tahu,Allah sentiasa memakbulkan doa hambanya yang sentiasa berusaha,berdoa serta bertawakal
dalam memohon sesuatu.
Aku ada sebab kenapa aku setia menantinyaa.
Sebab aku cuma nak mahu cinta tuu sekali jee.
Dalam ramai2 ex aku,dia,dia dan dia je yang mampu ubah aku.
Means,dia banyak ajar aku banyak perkara yang mematangkan aku.

Aku tak pernah anggap yang sebelum2 ni,mase zaman sekolah dulu CINTA aku.
Tapi dengan dia,Tu laa FIRST and LAST love aku.
Sumpah aku tak tipu.
Bilaa tanya seorang ustazah ni,dia kata..
"Beruntung lelaki yang kamu suka dan cinta tu,kerana kamua mahu dia menjadi yang pertama dan terakhir untuk kamu.
Dan dari cerita kamu,rasanya kamu buat pilihan yang tepat.
Hanya satu langkah sahaja lagi,buatlah solat isthikharah,moga kamu dapat petunjuk.
Dan pesan saya,jangan sesekali kamu menyatakan padanya yang kamu masih cinta dan sayang dia.
Biarkan Allah menyerapkan cinta itu di dalam hatinya,agar dia tahu,kamulah wanita yang bakal dia cintai satu hari nanti.
Kerana kamu mencintainya kerana ALLAH,bukan kerana kamu sukar untuk lupakan dia.
Asal kamu tidak berhenti berdoa,pasti Allah akan mendengar dan memakbulkan doa kamu yang ikhlas.
Kalau perpisahan kamu itu bukan atas kerelaan kamu berdua,kamu harus perbaikinya.
Kadang-kadang syaitan suka membisikkan yang bukan-bukan saat kamu berdua sedang emosi.
Dan pastilah mereka akan bersorak apabila kemarahan,dan kamu mengeluarkan kata2yang bukan lahir dari hati kamu.
Jadi kamu dan dia harus berfikir secara baik,dan jika masih ada rasa sayang,ambil rasa sayang itu untuk kuatkan kamu.
Jadikan apa yang berlaku ini satu bonus kerana sekurang2nyaa dia sudah tahu soal kamu.
Dan tiada apa lagi yang perlu kamu sembunyikan darinyaa.
Kalau sayang,pertahankan selagi boleh dan Insyaallah kasih sayang yang ikhlas antara kamu berdua mampu menyelamatkan hubungan kalian.
Mungkin dia terlalu sayang,jadi perasaannya terusik.
Jika kamu mahu dia,pergilah,kejarlah dia selagi boleh.
Jika kamu ikhlas, dia akan nampak keikhlasan dari hati kamu Insyaallah.
Pergi kepadanya,mohon maaf dan jadikan ini suatu dugaan untuk memperbaiki hubungan kamu menjadi lebih baik.

Ya Allah,damai gilaa hati aku dengar kata2 diaa.
Aku mahu dia kerana aku tahu dia adalah lelaki yang baik.
Dari caranya aku tahu dia cmne.
Aku taknak fikir soal nak bercinta or mencari pengganti dia.
Sebab aku tahu,apa yang aku buat adalah berdasarkan naluri kewanitaan aku.:)
Hamboiiiii,ayat aku betol2 sasteralah.

Kepada Allah aku menadah tangan dan berdoa.
Ya Allah,kau temukanlah hatiku dan hatinya agar kami dapat bersama2,saling melengkapi malah sama2 saling mendidik untuk menjadi pasangan yang diredhai oleh-Mu.
Ya Allah,berikanlah aku kekuatan untuk terus menyayayanginya.
Aku menyayanginya bukan kerana mahukan cintanya,
Tetapi aku mahu merasai kasih sayangnya seiringan sengan kasih sayang Allah yang Maha Kaya.
Ya Allah,jauhkanlah kami dari sebarang godaan yang bakal membunuh rasa cinta pada-Mu,
sekaligus membunuh kasihku pada dirinyaa.
Ya Allah,jika dia adalah jodoh,lelaki yang telah kau takdirkan untukku,janganlah kau menetapkan rasa cinta itu pada hatinya sekarang.
Biarlah rasa cinta itu datang pada dirinya sendiri.
Ya Allah,seandainya aku adalah wanita yang telah kau ciptakan untuknya,
Aku memohon Kau berilah aku kekuatan untuk setia menantinya di dunia,akirat serta syurga JANNAH.
Ya Allah,kurniakanlah kami perasaan cinta yang tidak melebihi perasaan cinta pada-Mu ,
Kurniakanlah kami hati serta iman yang kuat untuk menahan rasa rindu yang terlintas di hati sekali sekala.
Amin Ya Rabbal Alamin. :)

Doaku hanya kamu yang miliki hati ini.
Saya mencintaimu kerana Allah. :)
Assalamualaikum :)

Sakit Hati!!!!!

Aku bengang laa bila orang nak sakitkan hati aku,tapi guna cara yang dah pernah orang buad.
Fed up laa kann.
Dia dah pernah buad kat aku dulu,nak buad lagi,perhhh,macam mintak kaki laa kann.
Aku kalau dpt,mmg bagi penyepak je orang cenggitu.
Tapi aku bersabar sebab kalau marah2 pun,takkan dapat apa2.
Aku cuma rasa sakit hati dengan cara dia yang tak bertempat n berniat secara sengaja.
Aku tak kacau hidup kau pon,yang kau nak dengki nan aku sangat kenapa???
Aku tak buat pape,kau duk jelaa diam2.
Pergi sakitkan hati orang lain,pergi menggedik nan orang lain.
Aku malas nak layan kerenah kau.

N then nak tarik perhatian aku dengan cara lain pulakk.
Bagus sangat laa kann,buat selalu.
Biar ramai lagi yang sakit hati dengan perangai buruk kau tuu.
Aku bersabar je sejak dari dulu,dari dulu tahu takkk?????
Hishhh,sabarlah hati.

Nak engatkan satu bendaa je,jangan cabar tahap kesabaran aku okayy.
Kau tak pernah rasa makan penampar aku.
Aku pandang kau tuu kecik besar kecik besar je.
Jangan nak buat lawak bodoh or memperbodohkan diri kau sendiri buat cmtuu.
Buruk sangat kau tahu takk?
Maaflaa,aku berkasar sikit sebab kalau kau boleh,kenapa tak aku kann??
Bila cakap,ayat tak jaga,ikut sukaa kau je.
Lantak laa kau nak buad ape pon.
Tuu bukan masalah aku,tak penting pon.
Ape2 masalah bia aku jaga sendiri.
Aku tak hingin nak layan perangai kau yang tak brape nak matched tuu.

So,better jaga sikit kelakuan kau tuu.
Aku takpe laa,sakit hati selalu.
Tapi kalau orang lain,percuma je kau kena marah kann.
Aku malas nak cakap banyak,nanty hati aku lagi sakit.
Klau aku kata aku tak suka cara kau,jangan nak marah aku.
Sebab tuu hakikat.
Ubah sikit,jangan engat awak tuu hot,cantik,sentiasa boleh menindas aku.
Kau buad silap besar.HAHA. :)
Hmm,btw,hope kau berubah.
Assalamualaikum. :)


Nampak tak pic nehh?
Lawa kann?
Cute pon ad.Ni aku buad mase dlm kelas.
Pehh.mase tuu boring gilaa dalam kelas.
Tetiba rajin tangan nii buad lukisan yang tak brape menarik sangat nii.

Topik kita hari ni adalah Bercinta Sehingga Ke Syurga!
Haa,contoh yang paling terbaik adalah Nabi Muhammad S.A.W. dengan Siti Khadijah.
Biarpun berbeza usia,namun memiliki rumahtangga yang sangat2 bahagia.
Sebabnyaa Nabi sangat adil dan saksama dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga,suami serta ayah yang terbaik.
Aku berharap sangat aku akan memiliki seorang lelaki yang boleh mengikuti cara Nabi dalam berkeluarga.

Kita sebagai manusia,memang ada naluri untuk mencintai apatah lagi dicintai.
Tu sume normal,bak kata Ustaz Don Daniyal.
Alaa,yang hensem tuu.hee. :)
Sebaiknya kita kena didik diri sendiri untuk menjadi seorang yang solehah.
Sebabnya,tidak ada sesiapa yang dilahirkan untuk tidak menjadi seperti apa yang dia impikan.
Cam aku,aku nak realisasikan impian aku untuk jadi seorang yang solehah.

Dan aku berharap akan ada seorang lelaki yang soleh mampu membahagiakan aku seadanya.
Aku mengerti,sekarang bukan senang nak mencari yang kita idamkan.
Namun jika kita berubah,pasti peluang tu ada,trust me. hee. :)

Aku kagum dengan Siti Khadijah,wanita yang amat dicintai oleh Nabi.
Dia seorang yang tabah,lemah lembut,malah sangat mengambil berat tentang Nabi.
Sebab tuu aku memang kagum n respect wanita sehebat diaa.
Cinta mereka sehingga ke syurga,aku sukaa sangat2.
Kerana mereka sudah menjadi yang terbaik antara satu sama lain.
Indahnya bila cinta direstui oleh ibubapa,diselangi dengan redha Allah..
Sangat2 bahagia,insyaallah.

Antara sifat Nabi yang paling aku suka adalah penyayang.
Sebab Nabi memang sayang sesama manusia,haiwan malah kanak2.
Ya Allah,kalau aku,memang nak lelaki cmtuu.
Harapnyaa dikabulkan aminn.

Doaku hanya satu,awak yang pernah menyayangi diri ini,memiliki ciri2 yang dicari.
Maybe. HAHA. :p
Suka letewwww.
Bercinta hanya sekali,biar sampai ke syurga Ilahi.
Tiada cinta yang lebih agung selain cinta kepada Allah S.W.T.
Tiada kisah cinta termanis selain Nabi Muhammad dan Siti Khadijah.
Tiada kisah cinta seindah Adam dan Hawa.

Bercintalah anda sehingga ke Syurga! <3
Assalamualikum. :)

Pembuangan Baby! :(

Assalamaulaikum.
Bertemu lagi kitaa yaa. :)
Ni baru je lepas kebumikan 2 ekor anak kucing yang mati.
Dua2 comel n kecik je,manja pulakk tu nan manusia.
Sebab kadang2 ada anak kucing ni dia garang siket.
Seekor mati sebab kena gigit kat bahagian kepala dengan kucing jantan.
Kesian gilaa,menitis airmata tengok kepala yang terkulai n dibasahi darah.
Yang lagi seekor,mata dia tak boleh bukak,n then kena hurung n gigit dengan bapak,mak,nenek,queen semut DURJANA.
Aku nak je spray semut2 jahat tuu,tp nanty baby kitten tuu pulakk yg mati sekali.
Terketik2 anak kucing tuu menggelupur kena gigit.
Aku baru perasan bila aku angkat kain jemuran.
Aku lepaskan baju,cabut earphone kat telinga,terus berlari pergi kat kucing tuu.
Aku buang semua semut2 tuu n cubaa bersihkan dia,tp aku sekali kena gigit.
Tapi aku cuba gakk,namun mati jua.
Mata dia ada darah,sedih kot.
Rasa bersalah sebab tak dapat nak selamatkan dia.
Aku berniat kalau masih hidup,nak dibela sebab comel n bulu dia bersih.
Tapi,takde rezeky laa jawabnyaa. :(
Geram jugakk Sebab asalnyaa ada orang buang anak kucing tuu kat kawasan taman aku.
Tuu yang aku nak story kat cny.

Aku cukup marah bilaa ada orang buang anak.
Especially remaja kitaa zaman sekarang.
Semuanya tak fikirkan nasib n dosa yang bakal ditanggung oleh diri sendiri.
Nak seronok je,tapi bila dah hamil,gelabah n yang lelaki nak cuci tangan.
Yang perempuan pulakk ambil tindakan nak gugurkan baby yang tak berdosaa tuu.
Kalau rasa taknak bela,beri pada aku,atau beri pada sesiapa yang tiada anak setelah sekian lama berumah tangga.
Mereka yang menanti sekian lama n tak pernah berhenti berdoa untuk memiliki anak pun sedih bila masih tak dikurniakan zuriat.
Aku memang berniat kalau ada sesiapa yang nak serahkan baby pada aku,silaakan.aku sedia menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Aku memang sayang n suka pada kanak2.
Aku akan menangis bilaa baca artikel or tengok pic baby yang tak bernyawa dek dibuang mak sendiri.

Dimanalaa perikemanusiaan ibu bayi2 tuu?
Buang anak mcm buang sampah.
Tak ada rasa bersalah,rasa sayang pada baby yang dikandung selama 9 bulan.
Dia duduk dalam perut kau selama 9 bulan,kau tak terdetik rasa bersalah.
Paling tak pun,kau bleyy serahkan pada sesiapa.
Ni tak,orang jumpa pun dah tak boleh nak kata apa2.
Makin menjadi2,tuu laa yang aku paling takut sekarang.
Aku teringin nak jadi seorang ibu pada masa akan datang.
Tapi alangkah baiknya jika aku dapat menjaga atau menyelamatkan paling tak pun seorang baby.
Aku taknak dia menjadi sampah atau dimakan haiwan2 yang ganas.
Masa menulis ni,aku tak dapat kawal naluri n perasaan sedih aku.
Aku mohon sangat,janganlaa buang baby lagii,mereka berhak hidup.
Berhak merasai kasih sayang.

Ya Allah,aku memohon kepadamu,jagalah hati dan iman kami untuk menghindari perkara buruk dan larangan-Mu ya Rabbi.
Aku memohon agar kau selamatkanlah kami dari malapetaka serta bukakanlah hati mereka yang telah berbuat dosa agar kembali ke jalanmu Ya Rahman.
Aku memohon agar diberi kesempatan untuk merasai naluri seorang ibu untuk menyelamatkan baby2 yang tidak berdosa Ya Allah.

Harapnyaa tak ada lagi berita2 sperti nii.
Hanya mampu berdoa dan berharap agar segalanya dilindungi.
Aku mahu segalanya baik2 dan kita menjaga maruah diri dan keluarga.
Aku lebih rela menjaga baby yang dibuang dari melihat mereka mati tanpa merasai keindahan dunia.
So,yang dekat luwa,jangan buat perkara2 yang dilarang Allah.
Aku berharap doaku dimakbulkan Tuhan
Tuu je nak pesan.
Nanty aku update lagi yaa.
Sobs2.
:(
Assalamualaikum.

p/s: Anak adalah anugerah terindah,pengalaman menjadi seorang ibu/ayah adalah fasa yang terindah selepas bergelar suami/isteri. :)

Penulis Part-time :)

Assalamualaikum..
Saya nak update lagi.
Bosan kot kalau tak update pape.
Ade jee story or apa2 nak share.
Name pon blog kann,so tulis laa selagi boleh tulis sampai lebam.hee.

Aku memang minat sangat menulis.
Rajin sangan tangan nii nak mentype kann.HAHA.
Plus,aku paling rajin buat cerpen.
Dah banyak yang aku karang sejak dari zaman sekolah.
Tapi adelaa hantar pada mana2 majalah.
N selebihnyaa simpan dlm koleksi.
Cerpen yang paling latest aku buat "Pengorbanan Terakhir"
Cerita tuu memang sedih,aku baca pun sedih jee.
Sebab moralnya banyak.

Cerita tuu aku buad,create sendiri.
Nama watak tuu,ambil nama aku n salah seorang ex aku yang last year,sbb dia yang paling last.
Kiranya aku buad cerita tuu dari hati,dan ianya disiapkan dlm masa sehari.
Ceritanya pasal bilaa si gadis berkorban mendermakan hatinya untuk seorang gadis lain yang mencintai bekas kekasih watak utama(Izzah).
Mulanya dia nak cuba menyelamatkan hubungan dia,tp tak dapat.
N bilaa tahu ada pmpn lain sukakan ex dia n diaa sakit,
Pengorbanan besar dilakukan untuk memastikan gadis tuu dapat memiliki lelaki yg diaa sukaa,dan hati Izzah yang didermakan pada gadis tuu,dipenuhi dengan kasih sayang yang ditinggalkan untuk mereka berdua.
Means,dia simpan kasih sayang tuu untuk sahabat yang baru dikenali n bekas kekasih yang sentiasa dicintai. :)
Masa buat pun,aku menaip lajuuu je,ilham datang mencurah2.
Dan ending diaa,aku menangis,sedih bebenorrr laa katekann. HAHA.
Tapi dalam banyak2,aku paling sukaa yang tuu sebab easy nak buat tanpa sebarang masalah.
Alhamdulillah.
Mungkin aku nak cuba buat NOVEL pulakk,insyaallah,jika diizinkan Allah.
Tapi impian tuu terpaksa dilupakan sekejap,kerana aku kena habiskan pengajian lagi 2 tahun.
N lepas tuu,aku boleh buat novel pertama aku,
Mama pun galakkan,tapi tak boleh buat sekarang sebab nanty tak dpt bahagikan masa.
So,better buat cerpen dulu kann?

Hmm.
Harapnyaa aku dapat merealisasikan impian aku nii.
Menjadi seorang yang mengabadikan kisah2 cinta yang sweet dan memberi manfaat n mesej pada yang membaca.
Maybe insyaallah lps nii akan memulakan penulisan cerpen baru-Cinta Si Kacamata dan Si Manis. :)
HAHA.
Harapnya ia mmpu disiapkan sebaiknya.
Kalau nak baca,bgtau laa awal2 yaa.
Tuu je kot nak crite,tak banyak pon.
Insyaallah,update strusnyaa,kita cerita sal lain yaa?
Tata,Assalamualaikum. :)
Sayang anda.Hargailah cinta! :)

Junior Kaunselor!

Holaa.
Nak storyyy siket nii,
Tadi masa on9 facebook,tetibe ad chat masuk.
Aku pon tak tahu laa sape kann.
Nak dijadikan cerita,dah beri salam n borak2 sikit pasal diri masing2.
Tiba2 topik perbualan berubah.
Dia minta pertolongan aku,katanya ada masalah.
N then aku tanya dia semula,kenapa mesti aku?
Dia or aku kenal antara satu sama lain ke?
Rupa2nyaa dia tertarik cara aku buat status.
Berfikiran matang dan begitu prihatin dengan keadaan sekeliling.
Ehh,ni nak ngorat aku ke nak luahkan masalah ni,aku dah tak sedap hati dah.

Dia bercerita soal dia dengan kekasih dia.
Dia tua setahun dari aku n makwe diaa sebaya aku.
Rupa2nya makwe dia dah macam tak sukakan diaa lagi.
Lost interest,katanya dlm orang putih.
HAHA.
Aku pon dengar laa diaa bercerita masalah dia.
Jenis aku,dengar tanpa menyampuk,dah habis cerita,baru aku bantu dia sekadar mana yang aku mampu.
Dia kata,dah tak tahu cmne nak kembalikan makwe dia dlm hidup dia balikk.
Syahduuu jee ayat dia.
Aku minta dia bersabar n cuba selagi mampu untuk merebut semula cinta kekasih dia.
Melainkan dia dah berusaha sehabis boleh namun tetap sama,maknanya takde jodoh.
Tiba2 dia naik angin sebab aku sebut pasal TAKDE JODOH.
Terkejut aku bila dia marah2 aku,siap nak cili2 mulut aku.
Laa,apahal laa SENGAL sangat mamat nihh,aku cakap melainkan kalau dah berusaha sehabis boleh namun tetap sama,maknanya takde jodoh.
Diaa yang tak faham bahasa,menyirap jugakk laa aku nan diaa.
Tapi aku bersabar sebab masalah takkan selesai kalau dua2 nga panas kann?

Aku pesan pada dia,banyakkan berdoa,cuba bawa berbincang n cuba kembalikan memory2 manis dyeorg satu masa dulu.
Mungkin dengan cara tuu,pintu hati gadis tuu akan terbuka,siapa tahu semuanya kann?
Tuu sume ketentuan Allah yang menetapkan segalanya.
Aku minta dia cuba kurangkan atau buang tabiat2 buruk dia yang mungkin kekasih diaa tak suka tapi tak luahkan.
Minta dia berfikiran positif,jangan terlalu fikirkan bukan2.
Aku siap cerita pengalaman aku nan ex aku,untuk panduan dia.
Terpulang laa pada dia,dah besar,fikirlah sendiri.

Dia kata aku sesuai jadi kaunselor sebab memahami serta mampu memberi pertolongan serta bimbingan walaupun tak mmpu selesaikan secara total masalah diaa.
Klau ada apa2,dia akan minta pendapat aku lagi.
Terima kasih kerana berpendapat cmtuu.
Cuma mmbantu sekadar yang mampu.
Bukankah hidup harus bantu mmbantu rite?
Saya senang dapat membantu. :)

Hargailah cinta anda.tuu jee nak pesan,tak banyak pun.
Namun ia bermakna bukann? :)
Assalamulaikum. :)

Fakta Tentang Telur! :P

Aku sukaa sangat makan telur,especially telur mata kerbau+kicap manis.
Pehhhh,juling biji mata kalau makan.HAHA.
Tapi,ada something yang aku nak share,tentang TELUR.
Laa,yang jual kat kedai runcit,yang selalu kita makan tuuu.

Telur sangat bermanfaat sebenarnya.
Bagi pencinta telur seperti aku,so fakta2 tntangnya mmg aku ambil tahu.
Ianya mnambah kekuatan otak,badan serta menjana kesihatan secara total.
Ha,hebat tak telur nii?
Walaupun bila dah makan n KENTUT,pehhhh.
Bau dia mmg toksah citer laa kann. :)
So,apa yang bagusnya?

Telur Separuh Masak
Yang nii,memang selalu dimakan masa breakfast kann?
Ia mmg sesuai pada pagi sebab kandungan protien dan vitaminnya yang sangat tinggi.
Plus,bukan jee boleh beri tenaga sepanjang hari,malah mnguatkan daya ingatan student macam kitaa2 nii.
Yang lebih baiknya,tambahkan madu sikit untuk khasiat yang berganda.
Sesuai sangat untuk aku yang tengah berdiet nii.
Almaklum laa,orang cakap aku makin chubby.
So,nak diet sikeet jee.tak banyak pon. :P

Telur Mentah (Euwwwwwww)
Yang ni kalau sesape nak makan,memang tak silap laa saya kata anda GILA.
Kebaikkannya hanya untuk menjaga kebersihan n kecantikkan kulit.
Putih telur memang sesuai untuk masker yang bertindak untuk melicinkan n menegangkan kulit muka.
Tak perlu nak menggedik guna BOTOKS.
Euwwwww.geli tahu????
Kuning telurnya especially telur ayam kampung dimakan secara mntah untuk mnjaga dalaman wanita.
So,sesape yang nak cantik,gunalah telur.
Tak perlu bersusah2 nak guna produk mahal.
Nanti silap haribulan terlantar kat hospital laa dek guna kosmetik mahal tp berbahaya. kann?

Telur Rebus.
Yang nii memang sedap,aku tak nafikan.
Sebab rumah kenduri kahwin pon,beri telur rebus je untuk meraikan tetamu. :P
Kalau nak kabohidrat,makannya bersama roti.
Sebabnya sebutir je dah bersamaan dengan semangkuk or segelas susu dia punyaa protien.
Huh,hebat laa.


Telur Goreng.
Orang putih panggil OMELETTE.
HAHA. :p
Kalau nak makan,tak ada masalah,tapi kena goreng dengan minyak yang sangat sedikit.
Sebabnya nak kekalkan nutrien telur tuu.
Yang ada sakit buah pinggang,pesakit ginjal or kaki ngilu,boleh campurkan dengan sedikit daun kucai.
Ia mmbantu memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah kitaa.


Banyak sangat kebaikkan telur ni.
Jadi tak salah kalau kita suka makan.
Just enjoy your meal.
:)