Kasih Ibu Membawa Ke Syurga,Kasih Ayah Tiada Penghujungnya. :)


Ibu,Emak,Mama,Ummi,Mummy..
Panggilan yang berbeza,namun ditujukan pada seorang WANITA yang mengandungkan,melahirkan,membesarkan serta menjaga kita dari kecil sehingga dewasa.
Begitu besar kasih sayang serta pengorbanan mereka untuk kita.
Terasa penat lelah mereka menjaga segala keperluan kita.
Merekalah yang sanggup melayan segala kerenah,keletah serta kemanjaan kita sepanjang masa.
Merekalah yang bertarung nyawa untuk melahirkan kita..
Terasa kerdil diri ini apabila mengenangkan kesakitan yang dialami.
Terasa sayu saat menatap wajah lembut namun penuh rahsia itu.
Mama,mungkin Izzah tak dapat nak membaca riak wajah mama..
Namun Izzah mengerti segala keperitan yang ditanggung mama.

Ayah,Papa,Daddy,Abi,Abah,Baba..
LELAKI yang sanggup bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan kita 
Untuk menjadi kebangaan keluarga satu hari kelak.
Mereka sanggup berpanas,berhujan semata2 untuk memastikan keluarganya senang walaupun tidaklah sesenang mana.
Syahdunyaa saat melihat mata Baba yang kepenatan serta peluh yang mengalir di dahi,pipi..
Terasa bersalah saat terlihat helaan nafas kepenatan selepas seharian mencari rezeki yang halal.
Ingin sahaja tubuh itu didakap erat,menyatakan betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh mereka.
Ingin sahaja tangan ini menyapu peluh di wajah Baba,mengelus2 wajah lembut Mama..
Mahu sahaja diri menyatakan bahawa akulah anak yang paling bertuah memiliki ibubapa yang terbaik pernah dikurniakan sepanjang hayat..

Ya Allah,berikanlah mereka kesihatan serta umur yang panjang untuk melihat kejayaan puteri mereka ini..
Ya Allah,kekalkanlah kebahagiaan rumahtangga mereka untuk merasai nikmat syurga-Mu..
Ya Allah,berikanlah mereka kekuatan iman serta kuatkanlah kasih sayang sesama mereka..
Seandainya aku pernah membuat kesilapan kepada kedua-dua mereka,
Ampunilah dosa2ku Ya Allah.
Aku mahu mereka sentiasa ada disisi untuk terus memanduku kearah kebaikkan..
Hanya itu pintaku,hambamu yang kerdil ini..
Hanya satu pintaku,binakanlah mahligai di syurga untuk mereka merasai nikmat kasih sayang dalam berpasangan dan temukanlah mereka di akhirat kelak..
Amin Ya Rabbal Alamin.. :)

Mama,Baba,Izzah sangat2 sayang pada anda berdua.
Biarlah kasih sayang pada Izzah kekal dan sentiasa bersama walau diamna sahaja Izzah berada..
Doakanlah yang terbaik untuk anakmu ini..
:)
Thanks for being the BEST PARENTS for me! 

No comments:

Post a Comment