Heyy there ! I'm here again :)
Malam ni aku sedih sangat, tak tertahan2 dah sebak yang menular2 dalam diri aku. Tak boleh sembunyi lagi.
Bila renung diri sendiri, aku tak sempurna and senang cerita, banyak buat silap.
And aku susah nak realized ape yang aku buat. Kena orang tegur baru nak terhegeh2 betulkan.
Tadi aku online aku stalk profile2 EX aku. Tak terkecuali sorang pun.
Semuanya dah jumpa orang yang layak ntok dyeorg. Aku tumpang happy.
Aku baca setiap wall post yang dyeorg post kat wall GF dyeorg, hati aku tersentap.
Aku tak rasa macam ape yang dyeorang rasa sekarang.
Bahagia, gembira, sweet jee aku tengok.
Aku bukan cemburu,bukan tak suka,cuma aku terfikir bila saatnyaa aku akan rasa macamtu?
Renung diri sendiri depan cermin, ingat ape yang aku pernah buat dengan dyeorg dulu.
Menikam kalbu seyh, macam mane dyeorg tinggalkan aku.
Bila fikir2 balik, ada reason kenapa dyeorg tinggalkan aku.
And ada hikmah yang jauh lebih baik Allah beri pada aku,berhati2 dalam memilih kawan atau pasangan.
Allah Maha Adil, kebahagiaan tuu akan sampai bila saatnya nanty. Akan tiba jugak.
Cepat atau lambat sahaja perbezaannya. Aku redha, aku pasrah sebab aku tahu Allah akan bantu aku.
Untuk kawan2 aku, Sue n Heiqal, bawaklaa cinta tuu sampai ke jinjang pelamin.
Untuk Ayien n Asraf, 5 tahun bukan satu tempoh yg singkat, so harap 50 tahun akan datang pun kekal.
Tasha n Muzai, cinta jarak jauh antara Penang n Sabah takkan gugat pape kan? :)
Aku tumpang happy sayang. Aku sayang semua sahabat2 aku, dunia akhirat.
Ya Allah, aku memohon pada-Mu, temukanlah aku dengan lelaki yang telah kau tetapkan untukku.
Temukanlah kami dalam rasa cinta yang telah kau tetapkan dalam diri kami.
Kau kuatkanlah imanku,hatiku untuk setia dampingi-Mu Ya Allah :')
Amin Ya Rabb :)
Cinta itu milik semua manusia, milik kita sendiri.
Cinta itu penghubung kuat antara kita dengan manusia lain.
Cinta itu pengerat antara kita dengan Allah :)
Selamat malam :)
No comments:
Post a Comment